

Mesti ada yang tertanya-tanya, mengapa aku memilih gambar sebatang pokok yang mati untuk dimasukkan ke dalam entri ini. Jawapannya mudah, sebab gambar pokok tersebut akan cepat mengingatkan diri aku tentang kematian. Itu saja sebabnya. Tiada alasan lain selain daripada itu. Heh!
Aku berharap dengan adanya blog yang aku namakan SEDETIK LEBIH ini, dapatlah ia membawa perubahan di dalam kehidupan aku. Sekurang-kurangnya ia menjadi memori kehidupan aku yang sempat aku rekodkan. Kalau tak banyak pun, sedikit jadilah... Mengapa SEDETIK LEBIH? Macam tajuk lagu Anuar Zain saja. Bagi aku SEDETIK LEBIH memberi maksud kepada diri aku mengenai nikmat kehidupan anugerah Illahi kepada umat manusia. Setiap detik kita menghembuskan nafas, maka setiap detik itu jugalah kita menikmati perjalanan hidup kita. Betapa indahnya perjalanan hidup ini. Disebabkan oleh keindahan dan kenikmatan hidup yang telah kita kecapi itu seharusnya kita tidak melupai untuk bersyukur dan mendekatkan diri kita kepadaNya.
Aku juga berharap, melalui SEDETIK LEBIH ini dapatlah kiranya aku berkongsi segala maklumat yang berguna di dalam kehidupan melalui medium dunia tanpa sempadan. Aku juga mengalu-alukan pandangan, komen dan idea-idea yang bernas dari rakan-rakan siber yang sudi berkongsi dengan aku. Semoga ia menjadi platform kepada kita untuk merapatkan ukhwah dengan lebih jitu. InsyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan